Selangor negeri tertinggi kes Covid-19, jumlah positif bertambah

 Selangor mencatatkan pertambahan 54 lagi kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini. FOTO Rosli Talib
Selangor mencatatkan pertambahan 54 lagi kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini. FOTO Rosli Talib
A
A
A

PUTRAJAYA - Selangor mencatatkan pertambahan 54 lagi kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini.

Jumlah itu juga menjadikan jumlah kumulatif kes di Selangor berjumlah 943 kes, masih menjadi paling tinggi berbanding negeri lain.

Kuala Lumpur pula merekodkan kes kedua tertinggi positif Covid-19 dengan pertambahan 27 lagi kes baharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Kuala Lumpur berjumlah 622, manakala 16 kes baharu dicatatkan di Johor menjadikan 438 kes positif wabak itu di negeri itu, ketiga tertinggi di Malaysia setakat ini.

Terhadulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, terdapat 179 kes baharu seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,662 kes.

Beliau berkata, saringan di tiga kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) turut menyumbang kepada jumlah positif kes Covid-19.

"Bagi kawasan PKPD jumlah penduduk di Kluang adalah 3,755. Setakat ini, 1,634 telah disaring di mana terdapat 12 pertambahan kes positif hari ini .

"Di Hulu Langat, daripada 1,797 penduduk, sejumlah 1,685 telah disaring dan ada pertambahan 14 kes berbanding diumumkan semalam .

"Bagi Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, seramai 1,893 penduduk telah disaring dan terdapat lima kes baharu positif Covid-19 hari ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: