Polis guna dron pantau pergerakan orang ramai

Seorang pemandu lori sedang disoal oleh anggota polis IPD Kubang Pasu yang bertugas di sekatan jalan raya di Kepala Batas.
Seorang pemandu lori sedang disoal oleh anggota polis IPD Kubang Pasu yang bertugas di sekatan jalan raya di Kepala Batas.
A
A
A

JITRA - Penggunaan dron membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam penugasan bagi memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua di daerah Kubang Pasu yang kini mencapai lebih 90 peratus pematuhan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejayaan itu juga adalah hasil kerjasama penduduk dan juga kerja keras barisan penguat kuasa yang sentiasa komited dalam penugasan.

"Situasi ini ternyata berbeza jika dibandingkan ketika di awal pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu. Sekarang ini penduduk lebih berdisiplin dan berusaha untuk menjaga kesihatan masing-masing. Selain itu, hari ini dengan bantuan daripada ATM, kita berjaya membuat pemantauan menggunakan dron di tiga lokasi iaitu Pekan Kodiang, Changlun dan sekitar Jitra.

"Penggunaan dron membantu kita mendapatkan gambaran sebenar sejauh mana penduduk di daerah ini akur pada arahan yang dikeluarkan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini hari ini.

Anggota PDRM dan ATM sedang memantau keadaan di sekitar daerah ini menggunakan dron.
Anggota PDRM dan ATM sedang memantau keadaan di sekitar daerah ini menggunakan dron.

Menurutnya, semua agensi seperti pasukan polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan juga Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan penuh telus dan berhemah.

"Kita juga mempunyai tiga lokasi sekatan jalan raya iaitu di Kepala Batas, Bukit Kayu Hitam dan juga Kodiang yang beroperasi 24 jam sepanjang PKP ini untuk memantau pergerakan orang ramai.

"Sewaktu sekatan ini kita turut membuat pemeriksaan suhu ke atas pemandu sebagai langkah awal mengekang penularan pandemik Covid-19 ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, situasi di pasar awam juga terkawal selepas MPKP memperketatkan kawalan termasuk pengunjung perlu beratur dalam jarak satu meter selain tidak dibenarkan berkumpul di pasar dalam satu-satu masa.

Seorang anggota sedang memeriksa suhu pemandu lori yang melalui sekatan jalan raya di Kepala Batas hari ini.
Seorang anggota sedang memeriksa suhu pemandu lori yang melalui sekatan jalan raya di Kepala Batas hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut mengeluarkan senarai beberapa kampung dan kawasan perumahan yang mencapai 99 peratus pematuhan PKP fasa kedua.

"Senarai itu sebenarnya sebagai satu penghargaan dan suntikan moral buat penduduk. Ini kerana dengan terus berada di rumah dan mematuhi arahan PKP mereka sebenarnya telah menyumbang kepada usaha untuk memutuskan rantaian Covid-19.

"Saya berharap semangat mereka ini akan berterusan sehingga tamat PKP dan akan akur dengan setiap arahan yang dikeluarkan. Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang ingkar kerana kita sentiasa mengadakan rondaan 24 jam sepanjang PKP ini," katanya.

Senarai kampung dan kawasan perumahan yang mencapai 99 peratus pematuhan di daerah Kubang Pasu yang dikeluarkan semalam oleh pihak polis daerah.
Senarai kampung dan kawasan perumahan yang mencapai 99 peratus pematuhan di daerah Kubang Pasu yang dikeluarkan semalam oleh pihak polis daerah.