Ramadan trending di Twitter

Ramadan trending di Twitter berikutan kebimbangan warganet terhadap penularan Covid-19 yang akan menjejaskan kemeriahan berpuasa.
Ramadan trending di Twitter berikutan kebimbangan warganet terhadap penularan Covid-19 yang akan menjejaskan kemeriahan berpuasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin meningkat di seluruh dunia menimbulkan kebimbangan dalam kalangan Muslim memandangkan sambutan Ramadan yang bakal tiba 19 hari lagi.

Rata-rata warganet tidak kira dari negara mana seolah-olah sepakat menggunakan nama Ramadan ketika memuat naik hantaran serta komen di Twitter hingga trending.

Sehingga kini, jumlah ciapan Ramadan mencecah 21,300 dan meningkat setiap masa.

Pemilik akaun Twitter dikenali @fatinisa menzahirkan rasa sedih jika negara tidak bebas daripada Covid-19, kemungkinan solat tarawih di masjid dibatalkan.

"Rindu mahu solat tarawih di masjid seperti tahun lalu. Ramadan tak bermakna tanpa tarawih dan suasana berubah jika solatnya di rumah," katanya.

Ada juga yang sedih apabila bazar Ramadan dibatalkan bagi mengekang wabak Covid-19.

Kata @usahaila, "Sedih bila dapat tahu bazar Ramadan dibatalkan. Kemeriahan bazar Ramadan tidak dirasai tahun ini. Tapi berharap wabak ini dapat dihapuskan sebelum tibanya Ramadan."

Komen positif juga ditinggalkan oleh @lusyfatiqa yang mengatakan wabak Covid-19 akan bebas jika semua rakyat patuh arahan kerajaan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

"Bismillah semoga Ramadan 2020 ini bebas Covid-19. Boleh kita menjalankan ibadah puasa dengan bahagia, boleh berkumpul beramai-ramai solat tarawih dan bermaafan sambut hari raya," katanya.

@Osman_67 pula berharap semua orang Muslim terus berdoa agar Ramadan tahun ini dapat dilaksanakan seperti tahun lalu dan negara berjaya mengekang wabak Covid-19.

"Rakyat perlu bersatu untuk lawan Covid-19, #kitajagakita, duduk di rumah dan sentiasa jaga kebersihan," katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika orang ramai mahu menjalani kehidupan seharian seperti biasa dan menyambut puasa serta Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, patuhi PKP agar ia tidak dilanjutkan lagi untuk fasa ketiga, keempat dan seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada bazar Ramadan sepanjang PKP: Ismail Sabri

'Kita boleh sambut Hari Raya jika semua rakyat patuhi PKP'