Neujahrskonzert 2019 di Dewan Filharmonik Petronas

Tun Mahathir (empat, kanan) dan Tun Siti Hasmah (lima, kanan) menyaksikan Neujahrskonzert 2019 yang pertama bersama pengurusan kanan Allianz Malaysia Berhad di Dewan Filharmonik Petronas, Sabtu lalu.
Tun Mahathir (empat, kanan) dan Tun Siti Hasmah (lima, kanan) menyaksikan Neujahrskonzert 2019 yang pertama bersama pengurusan kanan Allianz Malaysia Berhad di Dewan Filharmonik Petronas, Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Allianz Malaysia meraikan tahun baharu dengan menganjurkan Neujahrskonzert 2019 yang pertama di Dewan Filharmonik Petronas yang ikonik.

Acara itu dianjurkan hasil kerjasama antara Allianz Malaysia dan Kedutaan Jerman Kuala Lumpur serta Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross berkata, menghadiri konsert muzikal klasik menjelang tahun baharu menjadi satu tradisi di Jerman.

“Kami sebagai sebuah syarikat percaya bahawa kehidupan tidak hanya berkisar tentang kewangan, fakta dan nombor.

"Kami percaya bahawa budaya, seni, sastera atau muzik – memainkan peranan yang sama penting untuk memberi inspirasi kepada kita semua.

"Oleh itu, kami berkerjsama secara global dengan rakan niaga bertaraf dunia untuk membawakan nilai-nilai ini kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika acara Neujahrskonzert 2019 yang dihadiri hampir 800 orang tetamu termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Dewan Filharmonik Petronas, di sini Sabtu lalu.

Hadir sama, CEO Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir dan Timbalan CEO Wilayah Asia Allianz, Solmaz Altin.

Artikel Berkaitan:

Sebuah penanggung insurans terkemuka di dunia, Allianz yang berasal dari Jerman dan berpangkalan di Munich, merupakan penyokong setia kepada seni dan kebudayaan di pentas antarabangsa.

Syarikat itu berkerjasama dengan Muzium Kesenian Moden dan pemain piano terkemuka antarabangsa, Lang Lang.

Orkestra Filharmonik Malaysia, yang diketuai Konduktor Tetap, Gerard Salonga mempersembahkan sebuah persembahan yang mengasyikkan dengan meraikan muzik klasik Jerman.