X

Kindly register in order to view this article
!

Tak payahlah nak bash orang...

Che Puan Sarimah Ibrahim. Foto: Instagram
A
A

PENGACARA, penyanyi dan pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim membidas segelintir netizen yang bersikap prejudis terhadap orang lain kerana perbezaan warna kulit.

Malah dia turut berasa sedih melihat komen pada pertandingan Dewi Remaja, baru-baru ini.

"Tak payahlah nak bash (hentam) orang yang kulit putih atau cerah semata mata nak mengangkat mereka yang kulit hitam manis.

"Kenapa perlu menghentam antara satu sama lain? Kita sepatutnya meraikan semua kecantikan warna kulit.

"Sedih bila baca komen yesterday tv show competition seperti “'ala kulit putih pun bukannya cantik,pucat dan sebagainya'.

"Bashing fair skinned women wont lift dark skinned women and vice versa. The comments i keep reading about how 'kulit tanned lebih cantik dari kulit putih anyway' is prejudiced. No different from vice versa," tulisnya menerusi media sosial, Twitter.

Pendapat daripada Sarimah itu turut mendapat persetujuan daripada aktres, Tiz Zaqyah, yang juga merasakan didiskriminasi kerana mempunyai warna kulit yang cerah.

"Was wondering the same. Felt kinda discriminated pun ada sebab dilahirkan this colour. I thought we were supposed to celebrate and embraces all skin colours," tulisnya.

Ahad lalu, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan atau nama popularnya, Haneesya Hanee telah diumumkan sebagai Dewi Remaja 2018/2019.

Kemenangannya itu mendapat perhatian ramai kerana Haneesya sering berkongsi cerita bahawa dia sering dibuli hanya kerana berkulit gelap dan turut menjadikan warna kulitnya sebagai inspirasi untuk bangkit.