Gaya terbaharu Beckham

Gambar yang dikongsikan di laman Instagram David Beckham.
Gambar yang dikongsikan di laman Instagram David Beckham.
A
A
A

BEKAS bintang Manchester United dan Real Madrid, David Beckham berkongsi gambar terbaharunya di laman sosial Instagram peribadinya hari ini.

Gambar itu sudah pasti menarik perhatian para peminat Beckham apabila dia kembali mencukur rambutnya sehingga hampir botak.

Bagaimanapun, bagi peminat fanatik bekas kapten England itu, wajah terbaharu Beckham itu mengimbas kembali gaya potongan rambutnya pada tahun 2018, 2004 dan 2000.

Di samping foto wajahnya yang baharu dengan gaya retro (hitam putih) itu, Beckham menulis sebaris ayat dengan kapsyen: 'Hanya perlu dilakukan'.

Dia menambah: '#stayhome (#tinggal di rumah) #staysafe (#kekal selamat) #staystrong (#kekal kuat) good night (selamat malam)'.

Beckham yang kini mengasingkan diri bersama isterinya, Victoria dan tiga anaknya, Romeo, Cruz dan Harper di rumah di Cotswolds, United Kingdom ekoran pandemik Covid-19 menerima pujian daripada para peminat dan rakan-rakannnya.

Ia termasuklah pendandan rambut Victoria, Ken Paves.

"Tiada siapa yang boleh menggayakannya dengan lebih baik!!! Anda boleh mengajar saya satu atau dua perkara!!" kata Paves.

Artikel Berkaitan: