Pesakit jangkitan pernafasan dirawat sebagai pesakit Covid-19

Dr Noor Hisham (kanan) semasa sidang media harian berkaitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham (kanan) semasa sidang media harian berkaitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) perlu dirawat sebagai pesakit positif COVID-19 sehinggalah penyakit itu dibuktikan sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 petugas kesihatan disyaki telah dijangkiti Covid-19 selepas mereka terlibat dalam merawat pesakit pneumonia atau SARI.

“Jadi pelindungan amat penting bagi kita, petugas kesihatan kita harus mengambil segala langkah berwaspada yang perlu dan mengelak daripada dijangkiti (Covid-19),” katanya dalam persidangan media harian berhubung Covid-19 di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sikap pesakit yang tidak memberikan maklumat penuh semasa ditanya oleh petugas kesihatan boleh membahayakan petugas kesihatan.

“Jika pesakit datang ke hospital dan lindungi maklumat.., ia bermakna mereka tidak bercakap benar, dan tindakan ini meletakkan para petugas kesihatan kita dalam keadaan berbahaya (dijangkiti Covid-19),” katanya.

Beliau berkata, petugas kesihatan diberitahu supaya menganggap pesakit yang tampil dengan penyakit selesema serta batuk yang menunjukkan gejala pneumonia, sebagai ke-kes Covid-19, sehingga siasatan menunjukkan sebaliknya. - Bernama

Artikel Berkaitan: