Covid-19: Kluster tabligh penyumbang terbesar kes positif

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 1,545 kes daripada 3,483 kes positif wabak koronavirus (Covid-19) yang direkodkan setakat hari ini terdiri daripada kluster tabligh yang menyertai perhimpunan di Sri Petaling baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, jumlah itu menjadikan 44.36 peratus kes positif pandemik itu berkaitan dengan mereka yang menghadiri perhimpunan tersebut.

"Kluster ini merupakan kluster yang terbesar setakat ini dan telah mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan.

"Misalnya melibatkan ahli keluarga mereka, kontak rapat di masjid dan juga madrasah tahfiz," katanya pada sidang media harian di KKM hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, ketika ini terdapat kira-kira 3,000 peserta daripada perhimpunan itu yang masih belum membuat saringan.

Menurutnya, KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi mengenal pasti dan menguji semua kontak rapat di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi ini.

"Orang awam juga diseru menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk disaring sekiranya menghadiri atau mempunyai kontak rapat dengan yang menghadiri perhimpunan tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan: