Keputusan PKP lanjut atau tidak ditentukan 10 April ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan atau sebaliknya pada 10 April ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya akan menggunakan data kes yang direkodkan dalam tempoh itu sebagai garis panduan untuk tindakan selanjutnya.

"Kita harap menjelang 10 April, data (kes) sudah ada untuk kita buat keputusan sama ada melanjutkan PKP atau sebaliknya.

"Kita memerlukan data untuk membuat keputusan. Saya boleh membuat jangkaan tetapi realitinya kita perlu melihat kepada fakta dan sains," katanya pada sidang akhbar harian di KKM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kementerian yang diterajuinya itu telah membuat keputusan sama ada PKP akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, kebimbangan ketika ini ialah melibatkan kes import berikutan kepulangan pelajar dan rakyat Malaysia yang melancong di luar negara.

"Ini merupakan cabaran kepada kita (KKM) jika berlaku gelombang kes import kerana mereka yang pulang ke negara kemungkinan membawa wabak itu," katanya.

Artikel Berkaitan: