Covid-19: Tidak galak berhimpun bergantung situasi semasa

Pemandangan dari udara di Plaza Tol Jalan Duta di kedua-dua arah yang kelihatan lengang ketika tinjauan pada hari ke-18 penguatkuasaan PKP bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini. -Foto Bernama
Pemandangan dari udara di Plaza Tol Jalan Duta di kedua-dua arah yang kelihatan lengang ketika tinjauan pada hari ke-18 penguatkuasaan PKP bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Keputusan untuk tidak menggalakkan perhimpunan awam dalam tempoh setahun akan dibuat berdasarkan situasi semasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada jangkaan tertentu namun perlu dilakukan semula berdasarkan data semasa.

"Realitinya kita hendak lihat data (jumlah kes). Kalau contoh ramalan dibuat hari ini mungkin ada 400 kes ke atas baharu (positif) tetapi jumlah yang direkodkan adalah 150 kes.

"Kalau kita semua duduk bersama (duduk rumah), pastikan penjarakkan selamat (satu meter) ia dapat diputuskan (jangkitan Covid-19)," katanya pada sidang media harian di KKM di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KKM telah membuat ketetapan berhubung perkara itu.

Semalam, Noor Hisham menyeru masyarakat supaya tidak menyertai perhimpunan dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

Menurutnya, amalan yang diterapkan ketika ini bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 perlu diteruskan untuk satu jangka masa yang agak panjang.

Artikel Berkaitan: