Covid-19: Pertambahan 4 kes kematian hari ini

Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Putrajaya. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Putrajaya. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan empat kes kematian menjadi keseluruhan 57 kes di negara ini.

Menurutnya, kesemua kematian terbaru itu melibatkan pesakit warganegara Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas serta mempunyai latar belakang penyakit kronik.

"Kes kematian ke-54 dan 55 merupakan wanita tempatan berusia 85 tahun dan berumur 66 tahun.

"Kes kematian ke- 56 dan 57 pula masing-masing lelaki berusia 56 tahun dan 61 tahun," katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, jumlah kes positif yang dicatatkan hari berkurang berbanding semalam iaitu 150 kes menjadikan kumulatif kes positif adalah sebanyak 3,483 kes.

"Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya sebanyak 915 kes," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan sehingga kini terdapat 99 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 50 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: