X

Kindly register in order to view this article
!

Khemah saringan Covid-19 pun nak curi!

Khemah yang dicuri. -Foto Facebook Polis New Zealand
A
A

AUCKLAND - Sebuah khemah yang digunakan untuk saringan wabak koronavirus (Covid-19) yang diletakkan di luar sebuah hospital di sini hilang dipercayai dicuri.

Bagaimanapun, individu yang mencuri khemah itu berisiko dijangkiti wabak berkenaan.

Menurut laporan Facebook Polis New Zealand, Ketua Penyelamat Kesihatan Timur, Loretta Hansen berkata, kehilangan khemah itu disedari mereka sewaktu mereka tiba awal pagi untuk menjalankan proses saringan.

"Pancang khemah itu dipotong menggunakan gergaji tetapi pencuri itu tetap kurang bijak kerana mencuri khemah yang digunakan untuk menyaring pesakit," kata Hansen.

Susulan daripada itu, pihak polis memohon agar pencuri berkenaan bertindak memulangkan khemah tersebut dan menjalani ujian saringan Covid-19 secara sukarela.

Hal ini kerana dia telah meletakkan risiko mereka daripada turut dijangkiti wabak berkenaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!