Aset swasta dijadikan pusat kuarantin jika perlu: Exco Johor

Anggota bomba melakukan Operasi Sanitasi Awam di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor, hari ini bagi mencegah penularan Covid-19 di tempat-tempat tumpuan awam.
Anggota bomba melakukan Operasi Sanitasi Awam di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor, hari ini bagi mencegah penularan Covid-19 di tempat-tempat tumpuan awam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan menggunakan aset milik swasta untuk dijadikan pusat kuarantin wabak koronavirus (Covid-19) termasuk hotel dan bangunan yang sesuai jika perlu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, ketika ini terdapat 54 pusat kuarantin sudah diwartakan di seluruh Johor dan daripada jumlah itu sehingga semalam, sebanyak 14 sudah beroperasi.

"Antaranya Akademi Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Selatan, Johor Bahru; Pusat Kegiatan Guru, Kulai; Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi; Kolej Kediaman Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Kampus Pagoh, Muar dan Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh.

"Ini termasuk Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Kluang; Hotel Seri Malaysia, Mersing;

Pangsapuri Awam Perwira, Kampung Parut Sempadan Laut, Parit Raja, Batu Pahat dan Kolej Vokasional Tanjung Piai, Pontian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota bomba melakukan Operasi Sanitasi Awam di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor, hari ini bagi mencegah penularan Covid-19 di tempat-tempat tumpuan awam.
Anggota bomba melakukan Operasi Sanitasi Awam di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor, hari ini bagi mencegah penularan Covid-19 di tempat-tempat tumpuan awam.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri mendapat laporan bahawa terdapat kerja-kerja sanitasi di tempat awam yang dikelolakan oleh orang awam.

Tegasnya, tiada kebenaran diberikan untuk kerja-kerja sanitasi di tempat awam sama ada daripada individu, syarikat-syarikat atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Artikel Berkaitan:

Kerja-kerja sanitasi awam ujarnya, hanya boleh dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan.

"Bagaimanapun orang awam juga boleh melakukan proses sanitasi di kediaman masing-masing dengan menggunakan cecair peluntur komersial pada kadar 1:10 iaitu 1 liter bahan peluntur dan 10 liter air bagi bersama-sama mengekang penularan wabak ini," katanya.

Anggota bomba melakukan Operasi Sanitasi Awam di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor, hari ini bagi mencegah penularan Covid-19 di tempat-tempat tumpuan awam.
Anggota bomba melakukan Operasi Sanitasi Awam di Balai Polis Pagoh, Muar, Johor, hari ini bagi mencegah penularan Covid-19 di tempat-tempat tumpuan awam.

Beliau memberitahu, sehingga semalam Jabatan Kesihatan negeri melaporkan penambahan sebanyak 22 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 416 kes tetapi tidak melibatkan kematian baharu.

Selain itu, beliau mendapati bahawa purata peratusan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Johor menunjukkan penurunan dua hari berturut-turut iaitu 97.02 peratus pada 1 April,

96.96 peratus (2 April) dan 96.69 peratus (3 April).