Arca bendera Arab Saudi berhampiran tapak peringatan 9/11 dialih

Arca bendera Arab Saudi yang merupakan sebahagian daripada pameran 'Candy Nations' di luar the Oculus di New York.
Arca bendera Arab Saudi yang merupakan sebahagian daripada pameran 'Candy Nations' di luar the Oculus di New York.
A
A
A

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah arca bendera Arab Saudi berbentuk gula-gula berhampiran tapak peringatan Ground Zero yang diwujudkan bagi memperingati serangan 9/11 bakal dialih selepas ia mengundang kemarahan orang ramai.

Arca berkenaan sebahagian daripada pameran seni 'Candy Nations' yang mewakili negara anggota G20.

Serangan 9/11 menyebabkan hampir 3,000 orang terbunuh. Sebanyak 15 daripada 19 perampas kapal terbang dalam kejadian itu merupakan warga Arab Saudi tetapi mereka tidak dapat dibuktikan mempunyai kaitan dengan kerajaan.

Terry Strada yang suaminya, Tom terbunuh di Pusat Dagangan Dunia memberitahu bahawa keluarga mangsa serangan 9/11 marah dan sangat kecewa dengan situasi tersebut.

"Secara peribadi saya rasa arca berkenaan tidak sesuai berada di situ.

"Ia tidak menghormati sensitivit keluarga mangsa," katanya. - Agensi

Kerajaan Arab Saudi sekian lama menafikan terbabit dalam serangan terancang menggunakan pesawat yang dirampas sebelum terhempas di Pusat Dagangan Dunia New York, Pentagon di luar Washington dan sebuah padang berhampiran Pennsylvania. - Agensi

Artikel Berkaitan: