Topeng muka tak dapat, RM44,500 melayang

Seorang peniaga mengalami kerugian selepas dipercayai tertipu dengan urus niaga topeng muka melalui laman sosial Facebook. - Foto 123RF
Seorang peniaga mengalami kerugian selepas dipercayai tertipu dengan urus niaga topeng muka melalui laman sosial Facebook. - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Seorang peniaga mengalami kerugian RM44,500 selepas dipercayai tertipu dengan urus niaga topeng muka melalui laman sosial Facebook pada 21 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 30 tahun itu mendakwa membeli topeng muka untuk kegunaan sendiri dan dijual kepada orang ramai.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa telah menghubungi suspek selepas melihat satu iklan di Facebook mengenai seorang lelaki yang merupakan pembekal topeng muka.

"Suspek menawarkan harga murah iaitu untuk topeng muka tiga lapis dewasa dijual RM50 bagi 50 keping dan kanan-kanak RM25 (50) keping namun mangsa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada jumlah pesanan.

"Mangsa memaklumkan mahu membeli 48,000 keping bersamaan dengan 960 kotak dan seterusnya membuat pembayaran sebanyak RM44,500," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas membuat pembayaran terbabit, barang yang dipesan sehingga kini masih belum diterima.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan selepas merasakan dirinya tertipu.

"Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan memperdayakan mangsa dalam urusan penjualan topeng muka yang murah dan setelah pengadu membuat pembayaran, suspek mendiamkan diri.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.