PH boleh pula bagi duit minyak, kata Mohd Amar

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan seorang wanita yang memakai baju T PH mengagihkan wang yang dikatakan sebagai duit minyak kepada sukarelawan di PRK Cameron Highlands, beberapa hari lalu mendapat pelbagai reaksi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah antara pemimpin yang turut memberikan reaksinya.

Dalam nada sindiran, Mohd Amar berkata, tindakan pemimpin PH yang mempertahankan agihan duit itu menunjukkan kesucian parti itu dalam menyalurkan wang berbanding calon BN, Datuk C Sivarraajh, yang berbuat perkara sama sebelum ini.

Katanya, sebelum ini kemenangan Sivarraajh terbatal kerana terbukti wujud amalan rasuah sehingga menyaksikan kemenangan kepada BN.

"PH boleh pula bagi duit minyak... kesian kepada sukarelawan orang Asli, mereka terima RM20 sahaja.

"Jika benar berlaku politik wang dalam parti, berserta bukti sehingga tular di laman sosial, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPR kena siasat perkara itu.

[ ARTIKEL BERKAITAN: PRK Cameron Highlands: Tu duit minyak bukan sogok ]

Terdahulu, PH menegaskan wang diagihkan dalam gambar yang tular di media sosial merupakan pembayaran balik penampungan kos petrol kepada sukarelawan-sukarelawan mereka.

Artikel Berkaitan:

Penolong Ketua Pusat Operasi Jelai PH, Arvind Bharet berkata, sukarelawan-sukarelawan itu datang dengan motosikal sendiri dari rumah mereka di kawasan pedalaman ke Tanah Rata pada hari penamaan calon.

Pembayaran itu diisytiharkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan pilihan raya dan DAP sebagai rakan komponen PH percaya kepada satu pilihan raya yang bersih dan telus.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Empat penjuru di PRK Cameron Highlands ]

PRK Cameron Highlands diadakan semula berikutan penyandangnya, Sivaaraajh daripada BN terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Dalam pada itu Mohd Amar berkata, setakat ini, Pas tidak menerima arahan daripada pucuk pimpinan untuk sama-sama berkempen di PRK Cameron Highlands.

"Terpulang kepada ahli Pas untuk memilih calon ketika membuang undi kelak," katanya.