X

Kindly register in order to view this article
!

Cadangan elakkan aliran tunai industri keselamatan swasta lumpuh

Datuk Seri Ramli Yusuff
A
A

SHAH ALAM – Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) mencadangkan sembilan perkara bagi memastikan kelancaran proses perkhidmatan syarikat keselamatan swasta sebagai perkhidmatan penting negara (essential services).

Presidennya, Datuk Seri Ramli Yusuff berkata, cadangan pertama ialah pembayaran segera bagi tunggakan terdahulu dan sepanjang perkhidmatan selain turut memberi kelonggaran pergerakan kepada pihak pentadbiran untuk membuat pengesahan perkhidmatan.

“Kedua, pihak kami mencadangkan pengecualian faedah tanpa cagaran bagi semua kemudahan pinjaman bank serta kelonggaran pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi industri keselamatan setiap enam bulan sekali sehingga Mac 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, cadangan lain ialah pembekuan kenaikan gaji minimum bagi tempoh tiga tahun akan datang atau lebih dan penambahan nilai Program Subsidi Upah daripada RM600 bagi membantu majikan mengekalkan pekerja.

Ramli turut mencadangkan kelonggaran pembayaran statutori seperti Sistem Insurans Pekerjaan (EIS), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta pengecualian pembayaran pemeriksaan perubatan pekerja asing (Fomema) dan Levi untuk penggajian pengawal keselamatan Nepal.

"Kami turut mengesyorkan mengenai pengurangan peratusan caruman KWSP majikan sebanyak empat peratus.

“Cadangan lain ialah tawaran pemansuhan bayaran penalti lewat bayar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso, Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tunggakan semasa dan terdahulu," katanya.

Katanya, cadangan lain ialah bantuan peralatan penting seperti topeng muka, cecair pembasmi kuman dan sarung tangan serta menghapuskan lantikan terus pengawal keselamatan berkontrak (CFS).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!