Royalti: Kes tarik balik saman diketahui esok

Ahmad (tiga, kanan) ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Pusat Pengajian Pondok Kandis dengan Universiti Ez-zitouna, Tunisia, hari ini.
Ahmad (tiga, kanan) ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Pusat Pengajian Pondok Kandis dengan Universiti Ez-zitouna, Tunisia, hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Keputusan mahkamah berhubung tarik balik saman Kerajaan Kelantan terhadap Kerajaan Pusat dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan diketahui esok.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, penjelasan berkenaan akan disampaikan oleh penasihat undang-undang dalam pertemuan yang akan diadakan kelak.

"Kita harap dengan penjelasan itu akan melancarkan lagi tuntutan tunggakan royalti minyak yang tidak dibayar sejak 1998," katanya, bagi mengulas lawatan susulan beliau bersama Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di pejabat Perdana Menteri, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, pertemuan itu diadakan bagi memperbaharui tuntutan kerajaan negeri berhubung royalti minyak.

Namun katanya, belum ada kata putus daripada Kementerian atau Menteri Kewangan berhubung isu tersebut.

Buat masa ini katanya, keputusan agihan royalti akan diberi secara tunai.

Beliau berkata, jumlah royalti juga belum didedahkan tetapi kerajaan negeri melalui agensi terlibat sudah mengemukakan fakta yang dikehendaki.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Pusat Pengajian Pondok Kandis dengan Universiti Ez-zitouna, Tunisia, hari ini.

Artikel Berkaitan: