Polis menari ceriakan penghuni semasa kuarantin

Paparan Twitter RT tular di laman sosial.
Paparan Twitter RT tular di laman sosial.
A
A
A

BOGOTA - Bagi mengelakkan penghuni pangsapuri bosan ketika pelaksanaan kuarantin dilakukan di Bogota, Colombia, anggota polis menceriakan mereka dengan berdansa.

Menerusi laporan MSN, ramai penghuni yang teruja mengikut rentak tarian polis yang diiringi muzik selepas melakukan pemeriksaan di sekitar jalan di Bogota.

Selain menari, polis mahu menggalakkan rakyat melakukan senaman dan memberi semangat pada diri mereka untuk terus berjuang mengekang wabak koronavirus (Covid-19).

Video rakaman tersebut juga dimuat naik di akaun Twitter RT hingga tular di laman sosial.

Sehingga kini video berdurasi 53 saat itu mendapat lebih 1,970 tontonan.

Terdahulu, kerajaan Colombia telah laksanakan kuarantin bermula malam 24 Mac bagi menyekat penularan pantas wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: