Nelayan ditahan positif dadah

Ujian air kencing yang dijalankan terhadap lima nelayan tempatan positif dadah jenis syabu. Foto: Ihsan Maritim
Ujian air kencing yang dijalankan terhadap lima nelayan tempatan positif dadah jenis syabu. Foto: Ihsan Maritim
A
A
A

LUMUT - Lima nelayan tempatan yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berhampiran Pulau Pangkor, semalam, diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah jenis syabu.

Pengarah Maritim Perak, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata, kelima-lima lelaki berusia antara 34 hingga 43 tahun ini ditahan bersama sebuah bot kelas C oleh Kapal Peronda Maritim, KM Tugau di kedudukan 2.6 batu nautika berhampiran Pulau Pangkor.

Maritim menahan bot yang dinaiki lima nelayan tersebut. Foto: Ihsan Maritim
Maritim menahan bot yang dinaiki lima nelayan tersebut. Foto: Ihsan Maritim

"Kelima-lima nelayan terbabit disyaki positif dadah selepas ujian saringan air kencing dilakukan dan mereka diiringi ke jeti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kampung Acheh, sebelum diserahkan kepada AADK Manjung.

"Saya nasihatkan semua nelayan dan komuniti Maritim agar menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab dan menjauhi sebarang penyalahgunaan najis dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

No Image Caption

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Bot Kilat Maritim Perak berjaya menahan sebuah bot nelayan jenis rawa sorong di kedudukan 0.2 batu nautika dari Pantai Pasir Hitam pada jam 11.40 malam semalam.

"Bot berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari lima batu nautika selepas mendapat maklumat serta kerjasama orang ramai yang melaporkan mengenai kegiatan nelayan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan bot kemudiannya dibawa ke jeti Kampung Acheh untuk siasatan lanjut," katanya.