X

Kindly register in order to view this article
!

PRK Semenyih: 'Melobi perkara biasa, tapi jangan berontak jika tak terpilih...'

Abu Bakar (kanan) memberi sumbangan kepada ibu tunggal, Rosnah Samad di rumahnya.
A
A

JERAM - Pimpinan Bersatu Negeri Selangor diberi mandat untuk mengenalpasti calon yang sesuai untuk bertanding pada PRK Semenyih.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya menjelaskan, pemilihan itu diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan bagi meletakkan calon yang benar-benar layak untuk menggalas tanggungjawab jika menang.

"Soal melobi perkara biasa, tapi janganlah memberontak jika tidak terpilih... ingat perjuangan parti.

"Perjuangan kita mahu kukuhkan parti dan bukannya untuk kepentingan peribadi, yang terpilih nanti kena buat kerja untuk rakyat dan bagi yang tak terpilih, jangan pula boikot parti. Saya mengajak rakan supaya tunjuk perjuangan demi parti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi seorang ibu tunggal dan seorang warga emas yang juga pesakit kanser hidung di Jalan Rizab Derahman dan Rizab Zazuli Kampung Bukit Hijau, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: SPR bincang tarikh PRK Dun Semenyih]

Mengulas mengenai kriteria calon, Abu Bakar juga yakin Bersatu tidak ketandusan calon yang berkaliber, agresif dan mampu membela nasib rakyat.

"Kita mempunyai ramai calon yang sesuai dan munasabah... tak perlu pilih kroni. Apa yang penting kena berbaik antara satu sama lain dan bantu menangkan calon.

"Saya yakin pimpinan boleh memilih mereka yang boleh bekerja... nama pun wakil rakyat kena kerja untuk rakyat," katanya.

PRK Dun Semenyih diadakan selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, 57, dari PH meninggal dunia di Hospital Kajang akibat serangan jantung.