Dua lelaki tak mengaku salah beli loteri haram ketika PKP

10 individu termasuk seorang wanita antara yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan ingkar PKP, hari ini.
10 individu termasuk seorang wanita antara yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan ingkar PKP, hari ini.
A
A
A

IPOH - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas dua pertuduhan membeli loteri haram dan berhimpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tertuduh, Wong Chin Hou, 2, dan Wong Zi Weng, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama membeli loteri awam haram di sebuah premis di Persiaran Raja Perempuan Mazwin, Taman Tinggi kira-kira jam 1.05 petang Selasa lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi terbuka 1953 yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama didapati berhimpun dalam kawasan tempat jangkitan bagi maksud sosial.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(2), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan masing-masing sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah sama, seramai 13 individu termasuk seorang wanita didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah ingkar PKP Selasa lalu.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mereka yang berusia di antara 19 hingga 34 tahun itu didapati berhimpun di dalam kawasan tempat jangkitan bagi maksud sosial.

Seorang tertuduh berusia 34 tahun itu pula didenda RM5,000 kerana menghalang tugas penjawat awam dan pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Selain itu, tertuduh bersama bersama empat yang lain didenda RM300 selepas mengaku salah gagal mengemukakan kad pengenalan kepada pihak berkuasa.

Kesemua kesalahan dilakukan antara jam 1.05 petang hingga 8.40 malam di beberapa lokasi antaranya Seri Beringin, Bandar Seri Botani; Taman Wing Onn dan Bercham di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Waffy Ismail.