56 ditahan ingkar arahan PKP di Johor

AYOB KHAN
AYOB KHAN
A
A
A

JOHOR BAHRU - Masih ada penduduk yang enggan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua walaupun amaran sudah diberikan termasuk mengenakan tindakan lebih tegas.

Polis Johor semalam menahan 56 individu kerana ingkar arahan PKP dan masih keluar rumah menjadikan jumlah terkini sebanyak 739 orang sejak PKP berkuatkuasa 18 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, seramai 189 sudah didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

"Mereka mencabar kesabaran polis dengan memberi alasan tidak munasabah ketika ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya memberikan kerjasama untuk berada di rumah sebagai sokongan kepada usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak koronavirus (Covid-19).

Artikel Berkaitan: