Azeez Rahim ditahan, bakal didakwa esok

Azeez (tengah) yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji tiba ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini untuk membantu melengkapkan siasatan kes. - Foto Bernama
Azeez (tengah) yang juga bekas Pengerusi Tabung Haji tiba ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) hari ini untuk membantu melengkapkan siasatan kes. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ia berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dipercayai berkaitan dengan kontrak agensi itu.

Turut ditahan dan akan didakwa adalah abang Azeez, Datuk Abdul Latif. Penahanan itu dibuat jam 4.30 petang tadi.

[ ARTIKEL BERKAITAN: SPRM panggil Azeez sekali lagi ]

SPRM dalam kenyataannya mengesahkan penahanan kedua-dua suspek tersebut.

Terdahulu, Azeez, 53, yang juga Ahli Parlimen Baling, tiba jam 2.55 petang dan melambai tangannya kepada petugas media yang menantikan kehadiran.

Pada 22 Mei tahu lalu, SPRM dalam serbuan ke atas kediaman dan pejabat Azeez telah merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan anggaran nilai tukaran RM1.2 juta.

Manakala pada September lalu, Azeez direman selama 10 hari membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Artikel Berkaitan:

Turut direman, abang dan sepupu sementara anak sulungnya, ditahan beberapa jam sebelum dibebaskan.