Makkah, Madinah dikenakan perintah berkurung 24 jam

No Image Caption
A
A
A

JEDDAH - Kerajaan Arab Saudi hari ini mengenakan perintah berkurung selama 24 jam di Makkah dan Madinah, berkuat kuasa serta merta, lapor Saudi press Agency (SPA) memetik sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri.

Penduduk di kedua-dua bandar hanya boleh meninggalkan rumah mereka atas sebab-sebab tertentu dan untuk rawatan perubatan antara jam 6 pagi (waktu tempatan) hingga 3 petang.

Pengecualian perintah berkurung masih berkuat kuasa kepada mereka yang berada dalam sektor penting awam dan swasta termasuk keselamatan, tentera dan media. - Agensi

Artikel Berkaitan: