Zul Yahya sedekah lauk percuma setiap hari

Perkongsian Zul Yahya di Instagram beliau.
Perkongsian Zul Yahya di Instagram beliau.
A
A
A

IPOH - Penularan wabak koronavirus (Covid-19) sememangnya memberi kesan kepada ramai pihak di negara ini.

Lantaran itu, ramai individu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menghulurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik bagi meringankan beban mereka.

Tidak ketinggalan pelakon, Zul Yahya yang kini mengusahakan restoran di sini menghulurkan sumbangan lauk secara percuma kepada orang ramai.

Menerusi Instagram miliknya, Zul dilihat menjalankan kerja amal berkenaan di hadapan restoran miliknya.

"Alhamdulillah. Masak lemak ayam untuk hari ini. Jemput-jemput," kongsi Zul.

Lauk percuma ini disediakan setiap hari dan konsepnya orang ramai hanya perlu lalu dan ambil sahaja.

Menerusi kapsyennya, buat masa ini Zul menghentikan aktiviti penghantaran makanan kerana memberi fokus menyediakan satu lauk setiap hari untuk membantu orang yang memerlukan.

"Semoga ALLAH permudahkan urusan sahabat jannah ku," komen salah seorang pengguna Instagram bernama achid_ekamatra.

Artikel Berkaitan: