Mempelai pakai baju hujan ketika akad nikah

Mempelai pakai baju hujan ketika akad nikah. -Foto Twitter @NoviaFm
Mempelai pakai baju hujan ketika akad nikah. -Foto Twitter @NoviaFm
A
A
A

JAKARTA - Gambar pasangan pengantin memakai baju hujan ketika majlis akad nikah bagi mengelak dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) tular di media sosial dan mencuri perhatian ramai.

Menerusi laporan Kompas, mempelai terpaksa mengenakan baju hujan selepas pengantin lelaki mengalami simptom demam iaitu 38 darjah celsius.

Pegawai pejabat Urusan Agama Ngadirejo, Muhlisun berkata, langkah pencegahan pemakaian baju hujan perlu bagi mengekang wabak Covid-19 menjangkiti tetamu lain.

"Sebelum proses ijab kabul berlangsung di rumah pengantin perempuan, pengantin diminta melakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

"Apabila mendapati suhu pengantin lelaki cecah 38 darjah celsius, pengantin perempuan dan wali perlu memakai baju hujan," katanya.

Tambahnya, pengantin lelaki perlu menjalani kuarantin selama 14 hari seperti saranan petugas perubatan sebagai Orang Dalam Pemantauan (ODP).

Gambar mereka dimuat naik di Twitter @NoviaFm dan sehingga kini ciapan itu diulang kongsi 1,540 netizen dan lebih 3,100 tanda suka.

Artikel Berkaitan: