Abdul Hadi dilantik duta khas bertaraf menteri ke Timur Tengah

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Abdul Hadi Awang adalah Presiden Pas dan juga Ahli Parlimen Marang merupakan bekas Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.

Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 1999 hingga 2004.

"Abdul Hadi merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir," katanya di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, Abdul Hadi juga pernah tersenarai sebagai antara 500 Muslim berpengaruh di dunia bagi kategori Pendakwah dan Pembimbing Rohani oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpusat di Jordan pada 2016.

Artikel Berkaitan: