Timbalan Pengerusi MPKK maut kemalangan

Sekitar lokasi kejadian yang meragut nyawa Timbalan Pengerusi MPKK Kampung Darat Pak Chan di Kilometer 16, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan. -Foto ihsan IPD Marang
Sekitar lokasi kejadian yang meragut nyawa Timbalan Pengerusi MPKK Kampung Darat Pak Chan di Kilometer 16, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan. -Foto ihsan IPD Marang
A
A
A

MARANG - Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Darat Pak Chan maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di sini pagi semalam.

Dalam kejadian di Kilometer 16, Jalan Kuala Terengganu–Kuantan (seberang Pasar raya Marang) di sini, mangsa, Mohd Nasir Jusof, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, kejadian kira-kira jam 8.25 pagi itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Kuala Terengganu menuju ke tempat kerjanya di Pejabat Pos cawangan Marang di sini.

"Setibanya di lokasi difahamkan secara tiba-tiba motosikal Honda C100 yang ditunggang mangsa sedang keluar dari atas pembahagi jalan untuk menyeberang jalan.

"Pemandu kereta berkenaan cuba mengelak dan menekan brek namun gagal apabila motosikal mangsa melanggar bahagian depan keretanya.

"Pelanggaran menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Zain berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: