Penjaga hutan Amazon maut ditembak

Guru dan aktivis Hutan Amazon, Zezico Guajajara dipercayai mati ditembak oleh mafia yang ingin menceroboh Hutan Amazon. - Foto Sumber Internet
Guru dan aktivis Hutan Amazon, Zezico Guajajara dipercayai mati ditembak oleh mafia yang ingin menceroboh Hutan Amazon. - Foto Sumber Internet
A
A
A

BRAZIL - Seorang penjaga hutan yang berjuang untuk melindungi hutan Amazon, Brazil, telah maut ditembak, petik laporan pihak berkuasa dan aktivis pada Rabu.

Zezico Guajajara, yang merupakan seorang guru dan aktivis di timur laut negeri Maranhao telah ditembak pada Selasa lalu, kira-kira lima bulan selepas pemimpin lain kumpulan itu, Paulo Paulino Guajajara yang turut dibunuh pada November.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Guajajara ialah ahli kumpulan yang dipanggil 'The Guardians' yang telah berjuang untuk mempertahankan hutan hujan terbesar dunia itu daripada aktiviti pembalakan haram dan sehingga kini, sekurang-kurangnya lima orang kumpulan etnik itu telah dibunuh sejak November lalu.

"Kumpulan itu telah menjadi sasaran kumpulan mafia yang menjalankan aktiviti pembalakan haram yang mengeksploitasi kayu keras berharga di wilayah adat Arariboa, iaitu rumah kepada orang asli Guajajara dan puak Awa," kata kumpulan hak asasi manusia tempatan dalam satu kenyataan.

Ia turut mengkritik tindakan Presiden, Jair Bolsonaro yang bercadang untuk membuka tanah pribumi yang dilindungi untuk kegiatan komersil yang dikatakan telah membuka peluang kepada pembalak, penternak dan pelombong yang berusaha mencerobohi Amazon.

Dalam kenyataan sama, kumpulan alam sekitar Greenpeace dan tiga lagi organisasi tempatan berkata, Guajajara merupakan satu lagi contoh kelemahan masyarakat adat di Brazil walaupun tanahnya dilindungi secara rasmi.

Artikel Berkaitan: