Khidmat Mazlan sebagai Pengerusi LPP ditamatkan

Mazlan Aliman
Mazlan Aliman
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menamatkan khidmat Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkuat kuasa semalam (1 April).

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, keputusan itu diambil selaras dengan penyusunan barisan Anggota Pentadbiran Kerajaan yang dibuat pada 9 Mac lalu.

Menurutnya, kementerian itu juga telah menyemak semula keanggotaan semua Lembaga Pengarah Badan Bukan Berkanun Persekutuan di bawah MOA

“Sehubungan itu, adalah diputuskan bahawa perkhidmatan Datuk Mazlan Aliman selaku Pengerusi LPP adalah ditamatkan berkuat kuasa 1 April 2020.

“Kementerian dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat dan sumbangan Yang Berbahagia Datuk sepanjang menjalankan tugas selaku Pengerusi LPP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) dilantik memegang jawatan itu bermula Oktober 2018 ketika di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Artikel Berkaitan: