Rody Kristal kini bergelar bapa

- Foto Instagram Rody Krital, Neina Azman
A
A

PEMAIN gitar kumpulan Kristal, Rody, 31, selamat menimang cahaya mata pertama apabila isterinya, Niena Azman, selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi Selasa.

Niena atau nama lengkapnya Nur Izwani Azman yang juga merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping gambarnya bersama anak sulungnya itu.

“Alhamdullilah. Nothing much to say.. speechless!” tulisnya pada kapsyen.

Sementara itu Rody juga turut melakukan perkara yang sama dengan berkongsi foto bersama bersama anak lelakinya itu.

Perkongsian pasangan ini telah mendapat perhatian ramai peminat mereka yang turut berkongsi kegembiraan itu dengan memberikan ucapan tahniah dan doa buat mereka.

Rody dan Niena telah mendirikan rumah tangga pada 28 April 2018.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia