Menangi tiket filem Escape Room - Wayang HibSinar

Escape Room
A
A

Escape Room

Bahasa: Inggeris

Pengarah: Adam Robitel

Pelakon: Taylor Russell, Logan Miller, Deborah Ann Woll,​Jay Ellis, Tyler Labine, Nik Dodani

Genre: Aksi/thriller

Klasifikasi: P13

Tayangan: 24 Januari2019

Edaran: Sony Pictures Releasing International

Bagi anda yang meminati filem psycho thriller, Escape Room tentunya untuk anda. Bakal ditayangkan di pawagam mulai 24 Januari depan, filem arahan Adam Robitel yang sebelum ni pernah tampil dengan filem Insidious: The Last Key ini tampil dengan penuh kejutan.

Escape Room menceritakan mengenai enam orang yang saling tidak mengenali dan mempunyai latar belakang berbeza bertemu dalam sebuah bilik misteri untuk menyelesaikan sebuah teka-teki.

Ia bukan teka-teki biasa, tetapi mereka, perlu menggunakan kekuatan masing-masing untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam situasi yang mereka tidak boleh kawal. Mereka tiada pilihan lain, sama ada berusaha mencari jalan keluar atau berdepan dengan kematian.

Sama-sama rasai ketegangannya dan kejutan berterusan sepanjang mereka beraksi untuk meloloskan diri.

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Escape Room di WayangHibSinar - Sinar Harian dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Escape Room kerana:

............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: [email protected] (tarikh tutup: 18 Januari 2019)

INFO TAYANGAN WAYANG HIBSINAR – ESCAPE ROOM

Tarikh: 22 Januari 2019 (Selasa)

Masa: 8.00 Malam

Lokasi: GSC, 1Utama

(Terima kasih: Sony Pictures Malaysia)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).