Ratusan lagi rakyat Malaysia terkandas di India akan dibawa pulang

No Image Caption
A
A
A

NEW DELHI - Beratus-ratus rakyat Malaysia yang terkandas di India akan dibawa pulang ke Malaysia dalam tempoh beberapa hari lagi.

Penerbangan dari Tiruchirappalli di Tamil Nadu dijadual berlepas ke Kuala Lumpur pada malam ini membawa 181 penumpang.

Penerbangan membawa balik rakyat Malaysia dirancang pada Sabtu dan Ahad dari New Delhi ke Kuala Lumpur manakala yang terkandas di Chennai dan Tiruchirappalli dijadual meninggalkan negeri itu antara Khamis dan Ahad.

Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan dikuarantin selama 14 hari.

Ribuan rakyat Malaysia yang mengunjungi India terkandas di negara ini selepas sekatan penerbangan dikuat kuasa kerajaan negara itu untuk membendung wabak Covid-19.

Sehingga semalam, kira-kira 1,450 rakyat Malaysia telah dihantar pulang menerusi penerbangan khas.

Jumlah kes Covid-19 dilaporkan di India setakat petang tadi sebanyak 1,637 dengan kematian seramai 45 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: