Tamak lagi, akhirnya buang begitu sahaja!

Perkongsian Zambri Mohd Isa di laman Twitter.
Perkongsian Zambri Mohd Isa di laman Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM- Gambar bungkusan plastik mengandungi roti Gardenia yang dipercayai dibuang ke dalam tong sampah mendapat respond daripada netizen yang mengecam si pembuang roti.

Gambar itu kebetulan sinonim dengan situasi baru-baru ini berkaitan pembelian panik ke atas roti Gardenia susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan koronavirus (Covid-19).

Pembelian secara berterusan oleh orang ramai didakwa menyebabkan bekalan roti itu cepat kehabisan stok apabila ia begitu laris.

Seorang pelayar Twitter atas akaun Zambri Mohd Isa berkongsi gambar menunjukkan beberapa buku roti Gardenia yang diletakkan bersama longgokan sampah lain dalam sebuah tong sampah mengundang kecaman orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu adalah gara-gara sikap tamak dan pentingkan diri si pelakunya.

"Sikap tamak akhirnya membazir dan menyebabkan org lain tdk dpt merasa (orang lain tidak dapat merasa)" tulis pemilik Twitter itu pada kapsyen gambar tersebut.

Rata-rata netizen juga tidak berpuas hati memandangkan roti berkenaan dilihat masih dalam keadaan baik dan mungkin juga masih boleh dimakan.

Perkongsian Twitter itu telah diulang kongsi sebanyak 37,100 ciapan dan 26,200 tanda suka daripada netizen.

Artikel Berkaitan: