X

Kindly register in order to view this article
!

Prosiding reman semasa PKP diadakan di balai polis

Istana Kehakiman di Putrajaya. Gambar kecil: Ahmad Terrirudin
A
A

PUTRAJAYA - Prosiding bagi permohonan reman semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diadakan di balai polis dan bukan di mahkamah.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dalam sepucuk surat kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat telah bersetuju dengan permintaan Mazlan untuk menjalankan prosiding reman di balai polis di seluruh negara.

Surat yang sempat dilihat oleh pihak media itu menyebut bahawa mahkamah perlu diberikan notis awal bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pegawainya serta peguam adalah terjamin.

Ia turut menyatakan bahawa hak suspek untuk diwakili peguam semasa prosiding itu tidak boleh dinafikan.

Surat itu juga menyebut bahawa garis panduan berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa hendaklah dipatuhi.

Terdahulu, Mazlan telah menulis kepada Terriruddin hari ini untuk meminta bantuan badan kehakiman agar suspek tidak perlu dibawa ke mahkamah, sebaliknya majistret dan pendaftar mahkamah dihantar ke balai polis untuk menjalankan prosiding reman sepanjang tempoh PKP.

Biasanya polis akan membawa suspek ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman sehingga 14 hari bagi membantu siasatan.

- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf