208 sekolah agama Pulau Pinang ikrar sumpah bebas jenayah

Antara guru yang hadir dalam Majlis Penyerahan Suratcara Pendaftaran Jemaah Pengurusan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah Sekolah Agama Berdaftar di sini. (Gambar kecil: Rosli)
Antara guru yang hadir dalam Majlis Penyerahan Suratcara Pendaftaran Jemaah Pengurusan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah Sekolah Agama Berdaftar di sini. (Gambar kecil: Rosli)
A
A
A

KEPALA BATAS - Pulau Pinang mencatat sejarah tersendiri apabila sebanyak 208 sekolah agama yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP) bersama berikrar sumpah bebas jenayah hari ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP Rosli Othman berkata, ikrar sumpah bebas jenayah ini merupakan antara julung kali diadakan di negeri ini.

"Sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang yang mana berdaftar dengan JHEAIPP merupakan antara yang pertama melaksanakan ikrar sumpah bebas jenayah.

No Image Caption

"Ikrar bebas jenayah ini diadakan supaya sekolah-sekolah memberikan penekanan terhadap aspek pendidikan penglibatan pelajar dan masa sama mengelakkan pelajar terlibat dengan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir dalam Majlis Penyerahan Suratcara Pendaftaran Jemaah Pengurusan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah Sekolah Agama Berdaftar di sini hari ini.

Katanya, ikrar ini sekaligus juga bagi membendung dan mengelakkan sekolah-sekolah agama agar tidak terlibat dalam jenayah.

"Bahagian pendidikan JHEAIPP sentiasa memantau sekolah-sekolah agama terutama yang berkenaan dengan aktiviti kokurikulum yang dilakukan di sekolah-sekolah.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Sekolah-sekolah agama yang berdaftar di negeri ini dikehendaki menggunakan kurikulum dan silibus yang diperakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)," katanya.

Menurutnya jika ada sukatan pelajaran daripada luar dan didapati bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, tindakan akan diambil.

"Setakat ini, hasil daripada pemantauan yang dilaksanakan, tidak ada sekolah yang didapati berbuat demikian, bagaimanapun pemantauan tetap dijalankan dari semasa ke semasa.

"Kita memantau apa yang ada dalam bidang kuasa kita, dan ia meliputi aktiviti dan kurikulum yang terkandung dan digunakan dalam sesebuah sekolah itu," katanya.