Covid-19: Data mendatar tanda awal kejayaan bendung wabak

Dr Noor Hisham menunjukkan data pada sidang media mengenai situasi semasa penyakit berjangkit Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Dr Noor Hisham menunjukkan data pada sidang media mengenai situasi semasa penyakit berjangkit Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

PUTRAJAYA - Data terkini kes positif koronavirus (Covid-19) yang semakin mendatar menunjukkan tanda awal kejayaan kerajaan membendung penularan wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data tersebut hasil daripada pelaksanaan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berakhir semalam.

"Kalau kita lihat kajian Malaysia Institute Of Economic Research menunjukkan 399 kes baharu positif Covid-19 setiap hari dengan kumulatif 4,000 kes sehingga semalam," katanya.

Bagaimanapun katanya, data sebenar menunjukkan unjuran mendatar dengan sekitar 140 kes baharu dan hanya kumulatif kes dijangkiti sebanyak 2,700 kes.

Data menunjukkan unjuran mendatar dengan sekitar 140 kes baharu dan hanya kumulatif kes dijangkiti sebanyak 2,700 kes. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Data menunjukkan unjuran mendatar dengan sekitar 140 kes baharu dan hanya kumulatif kes dijangkiti sebanyak 2,700 kes. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

"Jadi nampak daripada graf tersebut, ada tanda-tanda awal bahawa kita berjaya dalam melakukan pelaksanaan PKP," katanya.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan (KKM) berharap dapat mempertingkatkan strategi dan aktiviti pada PKP fasa kedua terutamanya di kawasan panas yang telah dikenal pasti.

"Sekiranya ada kes mendadak di kawasan panas itu, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Artikel Berkaitan:

"KKM akan saring semua orang di kawasan tersebut dan mengenal pasti, mengasingkan mereka yang positif untuk diberi rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hasil pelaksanaan PKP fasa pertama yang bermula 18 Mac lalu.

Fasa kedua PKP bermula hari ini dan berakhir pada 14 April depan.

Sebanyak tiga kawasan dikenakan perintah PKPD iaitu di Simpang Renggam, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dan Menara City One, Kuala Lumpur.