371 pengayuh beca di Melaka terima bantuan

Sulaiman (dua dari kanan) menyampaikan cek dan bantuan kepada seorang penarik beca sambil diperhatikan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Zairi Suboh.
Sulaiman (dua dari kanan) menyampaikan cek dan bantuan kepada seorang penarik beca sambil diperhatikan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Zairi Suboh.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka memberikan bantuan tunai RM600 secara 'one-off' kepada 371 pengayuh beca di negeri ini menerusi peruntukan Kementerian Kewangan.

Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali berkata, peruntukan sebanyak RM223,800 yang diluluskan Kementerian Kewangan merupakan insentif Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang disalurkan ke akaun kerajaan negeri bermula pada 24 Mac dan Tabung Amanah Pelancongan Negeri pada 25 Mac lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 371 pengayuh beca berjaya dihubungi bagi mendapatkan pengesahan maklumat manakala dua lagi gagal dihubungi dan difahamkan mereka tidak berada di Melaka.

"Seramai 80 pengayuh yang berjaya dihubungi mempunyai akaun bank dan penyaluran bayaran melalui akaun bank (EFT) telah bermula secara berperingkat pada 27 Mac lalu.

"Sementara penyerahan cek kepada 291 orang diadakan mulai hari ini dan esok dari jam 9 pagi hingga 4 petang di sini," katanya.

Sulaiman berkata demikian selepas menyerahkan cek kepada pengayuh beca di Dewan Auditorium Perbadanan Muzium Melaka di Banda Hilir di sini hari ini.

Terdahulu, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka telah memulakan gerak kerja penyemakan dan pendaftaran penyaluran bayaran di pejabat BPP itu di Kota Cemerlang, Ayer Keroh pada 26 Mac lalu.

Difahamkan Melaka adalah negeri pertama yang melaksanakan pembayaran insentif kepada pengayuh beca dan cek tersebut boleh ditunaikan di Maybank Jalan Hang Tuah.

Artikel Berkaitan: