Salahuddin Rasmi Konvensyen Pemuda Amanah Nasional

Salahuddin (tuga, kiri) sejurus tiba ke konvensyen berkenaan, sebentar tadi.
A
A

KUALA KANGSAR - Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub hadir merasmikan Konvensyen Pemuda Amanah Nasional di Dewan Jubli Perak, sebentar tadi.

Kehadiran Salahuddin diiringi Ketua Pemuda Amanah Mohd Sani Hamzan dan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Ketua Pemuda Amanah Perak).

Dengan tema Membumikan Idealisme, Merealisasi Perubahan, Konvensyen berkenaan difahamkan bakal berlangsung mulai 23 hingga 24 November.