Nelayan hilang ditemui selamat

Mangsa dibawa ke Stesen Udara Subang dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
Mangsa dibawa ke Stesen Udara Subang dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.
A
A
A

KLANG – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Sementa, Kapar, semalam ditemui selamat di kedudukan 2.6 batu nautika Utara Pulau Ketam hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kapten Maritim Mohamad Rosli Kassim berkata, pihaknya menemui mangsa yang berusia 48 tahun itu tidak jauh dari penemuan bot fiber yang dinaikinya pada jam 11.10 pagi.

“Pada awalnya kita menemui sebuah bot fiber dalam keadaan terbalik dan separuh tenggelam akibat dipukul ombak kira-kira 3.1 batu nautika Barat Daya Sungai Serdang Besar.

“Pencarian seterusnya oleh pesawat udara APMM telah menemui mangsa yang memakai jaket keselamatan sedang terapung kira-kira 2.2 batu nautika dari lokasi penemuan bot fiber,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Bot fiber yang dinaiki mangsa ditemui dalam keadaan terbalik.
Bot fiber yang dinaiki mangsa ditemui dalam keadaan terbalik.

Mohamad Rosli berkata, mangsa telah dibawa ke Stesen Udara Subang dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

“Agensi lain yang terlibat dalam operasi ini adalah Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari,” katanya.

Terdahulu, APMM menerima panggilan daripada isteri mangsa memaklumkan suaminya tidak pulang ke rumah selepas keluar menangkap ikan pada jam 5 petang.

Artikel Berkaitan: