Tengku Hassanal sumbang Elaun Diraja ke Tabung Covid-19 Pahang

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan untuk tidak menerima bayaran Elaun Diraja selama enam bulan.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, baginda menitahkan elaun itu disalurkan kepada Tabung Covid-19 Pahang.

“Baginda berharap bantuan daripada sumbangannya dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Tengku Hassanal turut bertitah supaya rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri, keluarga dan mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Selain itu, Ahmad Khirrizal menjelaskan, Pemangku Raja juga mendoakan pesakit Covid-19 di seluruh Malaysia diberi kesembuhan yang segera oleh ALLAH SWT.

"Baginda berharap petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong, Permaisuri berkenan Emolumen Diraja tidak dibayar 6 bulan

Semalam, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri`Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan.

Artikel Berkaitan: