Semua jemaah tabligh di Terengganu jalani saringan Covid-19

Roslee (kanan) bersama Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus melihat Khemah Sanitasi (Disinfection) yang disediakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini.
Roslee (kanan) bersama Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus melihat Khemah Sanitasi (Disinfection) yang disediakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 380 jemaah tabligh di negeri ini yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling sudah menjalani saringan kesihatan koronavirus (Covid-19).

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, kesemua mereka selesai menjalani saringan Covid-19 sejak dua minggu lalu di klinik kesihatan dan hospital berhampiran di daerah masing-masing.

"Semua jemaah tabligh di negeri ini yang dikesan menghadiri perhimpunan itu memberi kerjasama sebaik mungkin meskipun ada segelintir daripada mereka lambat 'menyerah diri'.

"Ini bukan disebabkan mereka berdegil tetapi lambat menerima maklumat berkaitan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri demo nyahkuman petugas-petugas Op Covid-19 di Khemah Sanitasi (Disinfection) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini petang semalam.

Sementara itu, Roslee berkata, bagi memastikan keselamatan 1,800 anggota yang bertugas sempena Op Covid-19, pihaknya mengambil inisiatif menyediakan Khemah Sanitasi di semua IPD di negeri ini.

"Bermula hari ini (semalam), semua anggota yang hendak memulakan atau tamat bertugas boleh melakukan nyahkuman yang bertahan selama 24 jam di khemah disediakan ini.

"Khemah ini ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), jadi ini antara usaha kita untuk melindungi setiap anggota memandangkan kita mahu bertugas lama lagi iaitu sehingga 14 April ini," katanya.

Artikel Berkaitan: