Daikin taja 36 penapis udara kepada tujuh hospital

Sebahagian penapis udara Daikin Streamer yang disumbangkan kepada Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
Sebahagian penapis udara Daikin Streamer yang disumbangkan kepada Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, Johor baru-baru ini.
A
A
A

DAIKIN Malaysia menaja 36 unit penapis udara Daikin Streamer yang bernilai RM54,000 kepada tujuh hospital di Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Sabah.

Hospital terbabit ialah Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang; Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru; Hospital Sultan Hj Ahmad Shah di Pahang dan Hospital Tawau serta Hospital Duchess of Kent di Sabah.

Inisiatif yang juga tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu dijayakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), MedTweetMY.

Pengurus Besar Daikin Malaysia Sales & Service Sdn Bhd, Lawrence Song berkata, sumbangan diberikan atas dasar pihaknya memahami kepentingan hospital tempatan untuk mendapatkan udara bersih dalam keadaan sekarang.

“Daikin sangat menghargai dan memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada komuniti.

“Justeru, kami memastikan bahawa mereka berada dalam persekitaran yang lebih baik dengan udara lebih bersih walaupun jadual kerja mereka sangat sibuk," katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kedua-dua pihak berharap setiap hospital akan mendapat bantuan yang diperlukan dalam memastikan udara bersih untuk semua orang, terutamanya kakitangan dan pesakit di dalam hospital.

Artikel Berkaitan: