Gaji doktor di Indonesia kecil berbanding penjaga parkir: Prabowo

Prabowo (kanan) dan Jokowi merupakan dua calon utama merebut jawatan Presiden Indonesia.
Prabowo (kanan) dan Jokowi merupakan dua calon utama merebut jawatan Presiden Indonesia.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Calon Presiden bagi pilihan raya Presiden (Pilpres) Indonesia, Prabowo Subianto menyindir gaji yang diterima doktor di republik itu lebih rendah berbanding jumlah pendapatan mereka yang bekerja sebagai penjaga parkir.

Justeru kata Prabowo, salah satu keutamaannya jika dipilih sebagai Presiden ialah menaikkan gaji golongan terbabit ke tahap selayaknya.

"Ketika ini ramai doktor bergaji kecil berbanding tukang jaga parkir.

"Gaji mereka mesti dinaikkan kerana mereka memang layak," katanya semasa berucap pada malam pidato kebangsaan di Senayan, semalam.

Pada kempen Pilpres 2014, Prabowo secara lantang mahu gaji doktor dan petugas kesihatan dinaikkan bagi menjamin perkhidmatan kesihatan yang lebih cemerlang.

Sementara itu, Prabowo turut berjanji mengedarkan susu percuma kepada seluruh kanak-kanak sekolah di Indonesia.

"Tidak boleh ada anak Indonesia kurang makan dan kelaparan di republik kita.

"Prestasi kita mesti setanding dengan negara jiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pilpres yang berlangsung pada 17 April ini mengulangi sejarah pilihan raya 2014 apabila Prabowo dan Joko Widodo atau Jokowi, merupakan dua calon utama merebut jawatan Presiden Indonesia. - Agensi