PKP: ATM nafi pukul orang awam

Gambar tular berkenaan merupakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt. Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.
Gambar tular berkenaan merupakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt. Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seorang individu yang dikatakan dipukul dan dicederakan oleh anggota pasukan keselamatan itu, ketika melaksanakan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menegaskan, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah berita palsu dan mereka yang menyebarkannya boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Gambar tular berkenaan merupakan kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt. Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.

“Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya serta-merta, kerana mesej atau informasi itu boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Affendi berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung PKP, melalui Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) di pautan https://t.me/MKNRasmi.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar dan audio, yang mendakwa seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota tentera, kerana mengingkari PKP. - Bernama

Artikel Berkaitan: