Nadma terima sumbangan 50,000 topeng muka

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kedutaan China di Malaysia bersama tiga lagi syarikat secara bersama hari ini menyumbangkan 50,000 unit topeng muka kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membantu Malaysia dalam usahanya mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Syarikat terbabit adalah Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM), China Pacific Construction Group (CPCG) dan anak syarikatnya Licentobuild Sdn Bhd.

PUCM dalam satu kenyataan hari ini berkata, Ketua Pengarah Nadma, Datuk Mohtar Abd Rahman; Presiden PUCM Datuk Keith Li dan Ketua Pegawai Eksekutif CPCG Malaysia Eugene Choo hadir pada majlis penyerahan di pejabat NADMA di Putrajaya, petang tadi.

Menurutnya Keithh, Ahli PUCM membuat tempahan peralatan perubatan dari China bagi membantu Malaysia pada ketika keadaan menjadi semakin teruk di negara ini.

“Bagi ramai dalam kalangan ahli kami, Malaysia adalah rumah kedua mereka. Kami sedang menguruskan beberapa kesukaran dan masalah dalam mendapatkan bekalan dan logistik.

"Ini adalah kumpulan pertama 100,000 penutup hidung dan mulut yang telah tiba dan diserahkan kepada badan kerajaan dan jabatan yang memerlukan.

“Kami merancang untuk memberikan lebih banyak sumbangan peralatan perubatan ke Malaysia tidak lama lagi,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: