X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Operasi nyah cemar perlu ikut garis panduan KKM

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah (dua,kiri) pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Operasi nyah cemar yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Tegas Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, ia bagi memastikan operasi berkenaan mengikut prosedur operasi standard.

"Terima kasih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana melakukan operasi nyah kuman di kawasan masing-masing namun mungkin tindakan mereka itu lebih awal diadakan sebelum panduan dikeluarkan," katanya.

Menurutnya, kementerian akan berhubung dengan KPKT dan PBT berkaitan operasi tersebut.

"Mungkin selepas ini kita akan berkomunikasi dan berhubung dengan pihak terbabit serta memberi panduan untuk kerja- kerja pembersihan di kawasan berkenaan.

"Selain itu, kita juga akan nasihatkan pihak berkenaan apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat sepanjang proses terbabit," katanya ketika diminta mengulas mengenai kritikan bekas Ketua Pengarah Kesihatan Professor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman yang mempertikaikan proses nyahcemar dijalankan.

Beliau dilapor terkejut melihat klip video pembersihan nyah kuman yang mana cecair disemburkan ke atas permukaan jalan raya yang disifatkannya sebagai pembaziran.

Sementara itu, menyentuh mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Menara City One, di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata, saringan dilakukan terhadap penduduk kondominium tersebut bermula semalam.

"Seramai 12 orang dijangkiti Covid-19 dan apa yang perlu kita lakukan adalah menyiasat kawasan itu dan melakukan saringan terhadap penduduk," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!