X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Itali guna cara unik promosi budaya

Poster promosi Itali ke seluruh dunia, di tengah-tengah penularan wabak Covid-19.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Itali melancarkan kempen #WeAreItaly #staytunedonIT untuk mempromosi budaya unik dan kreatif Itali ke seluruh dunia, di tengah-tengah penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, artis terkemuka Itali seperti Andrea Bocelli, Paolo Conte, Ramin Bahrami, Uto Ughi, Tiziano Ferro, Nicola Piovani, Paolo Fresu, Andrea Griminelli, Rita Marcotulli dan Fabrizio Bosso mendukung inisiatif itu dan melancarkan mesej video bagi mempelawa dunia supaya terus berhubung dengan budaya Itali.

Kempen itu turut mempromosi beberapa inisiatif kebudayaan sebenar yang ditawarkan banyak institusi Itali kepada khalayak dunia dan masyarakat tempatan.

Inisiatif menyaksikan kementerian memaparkan video dan kandungan baharu menerusi laman web khas dan saluran media sosialnya termasuk saluran YouTube serta rangkaian kedutaan, konsulat dan Institut Kebudayaan Itali.

Menurut kementerian itu, inisiatif ini dilaksanakan bagi memaparkan Itali sebagai negara yang sentiasa mampu menghasil dan menggalakkan kebudayaan serta hiburan yang berkualiti tinggi.

Turut diketengahkan 'rangkaian budaya' itu ialah muzium dan taman arkeologi; perpustakaan dan arkib; festival dan teater; panggung wayang dan hiburan secara langsung; penerbitan televisyen dan radio yang kesemuanya boleh diakses menerusi #staytunedonIT. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus