Covid-19: KKM bincang dengan pengeluar kit ujian canggih

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A
PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kit ujian di Pulau Pinang yang mempunyai kecanggihan dapat mengesan koronavirus (Covid-19) dalam masa setengah jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat berkenaan mempunyai kontrak dengan Amerika Syarikat.

“KKM sedang mengadakan perbincangan untuk melihat bagaimana kita turut berpeluang menggunakan teknologi canggih ini,” katanya.

Menurutnya, ketika ini KKM sedang menggunakan teknik Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR).

“Kalau ketepatannya bagus, kita akan buat tempahan 200,000," katanya.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, KKM mempunyai 46 makmal di seluruh negara bagi menampung ujian saringan Covid-19.

“Kemampuan kita adalah 11,750 ujian sehari dan akan meningkatkan keupayaan sehingga 16,500,” katanya.